Friday, 29 July 2011

PRINSIP RAKAN MUDA

PRINSIP PENDEKATAN RAKAN MUDA

Rakan Muda buat pilihan 4 jenis aktiviti yang ingin dipelajari / diikuti dari setiap komponen yang wajib iaitu Khidmat Masyarakat , Kemahiran , Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan lasak . Empat komponen ini mengekalkan 8 Gaya Hidup daripada 9 Gaya Hidup dengan diberi nafas baru berdasarkan Falsafah yang dinyatakan di atas. 8 Gaya Hidup tersebut adalah:- 

Komponen Khidmat Masyarakat 

iaitu :

Patriotisme, Cinta Negara dan Penyayang di samping penerapan nilai-nilai kepimpinan, kerohanian dan keprihatinan pasti menjamin perpaduan yang mantap. Insan yang berkualiti dan berperibadi mulia akan dilahirkan melalui program kemasyarakatan yang dijalankan.

Komponen Kemahiran

menpunyai 4 gaya hidup 

iaitu :

Wirausaha , Seni Budaya , Remaja Siber dan Inovasi .
 RAKAN WIRAUSAHA
 Ahli Korporat dan Ahli perniagaan generasi muda akan dilatih dan dilahirkan melalui program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan. Teknik keusahawanan serta bantuan yang disediakan akan dapat mewujudkan satu sistem ekonomi Negara yang lebih maju dan berdayasaing didalam semua bidang diperingkat nasional dan global.

RAKAN SENI BUDAYA
Bakat berharga yang ada dalam diri setiap remaja tidak harus dipersiakan. Melalui program ini, minat dan bakat-bakat remaja akan dikenalpasti, dilatih, dibimbing oleh tenaga pakar. Tunjuk ajar serta aktiviti-aktiviti yang dirancang pastinya bakal mewujudkan bakat-bakat muda berpotensi tinggi disamping bagi memantapkan lagi nilai-nilai diri dan peribadi diri remaja yang menyertainya.
RAKAN REMAJA SIBER
 RAKAN INOVASI
Bakat kreatif, inovatif dan kemahiran semulajadi yang ada dalam diri remaja adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda. Melalui program dan aktiviti serta bimbingan dari tenaga pakar, program ini pastinya akan dapat melahirkan tenaga muda yang mahir, berdaya cipta, moden dan sebagai penyedia tenaga pakar masa hadapan dalam industri teknologi canggih, moden dan mapu berdaya saing di peringkat global
.

Komponen Rekreasi Fizikal

menpunyai dua gaya hidup 

iaitu

Kecergasan dan Wajadiri
RAKAN KECERGASAN(Termasuk Sukan Dan Rekreasi)
 
3 komponen utama aktiviti ini adalah Sukan, Rekreasi dan meningkatkan kecergasan ketahap maksima menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti, menarik, sihat dan berdisiplin.
RAKAN WAJADIRI
 Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia generasi muda. Melalui aktiviti yang memberikan remaja peluang, kesedaran dan pembangunan kemahiran mempertahankan diri dapat memupuk sifat yakin remaja dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup. 

Komponen Penjelajahan Lasak 

iaitu :


RAKAN CINTA ALAM

Khazanah alam yang dipenuhi Flora, Fauna, Haiwan, Sejarah dan berbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Melalui program dan aktiviti penerokaan serta pendedahan mengenai kepentingan penjagaan alam dapat mewujudkan individu yang lebih sihat dan berilmu serta menghargai setiap perkara disekeliling mereka.

No comments:

Post a Comment